EDU3104
Sunday, 26 January 2014
GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)
Kerana dia hidup untuk memberi, matinya memberi inspirasi~
Teringin untuk hidup dan mati sepertinya~
Wednesday, 15 January 2014
Jalan-jalan Di Tawau, Sabah~
Destinasi Pelancongan di Tawau
Taman Rekreasi Air Panas Tawau
Dahulunya Kolam Air Panas ini tidak
dipelihara dan berada dalam keadaan yang tidak cantik. Namun begitu, ia telah
dimajukan oleh sebuah syarikat swasta iaitu Rekobumi Sdn. Bhd. dan baru
beroperasi Jun 2011 ini. Taman ini meliputi seluas 16.2 hektar dan terletak
kira-kira 8 kilometer dari bandar Tawau.
Hasilnya adalah terdapat landskap
bunga-bunga yang tersusun rapi dengan pohon renek sebaik sahaja memasuki pintu
masuk taman. Pengunjung juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil yang
berhampiran yang diliputi dengan pokok-pokok kayu tropika.
Selain itu, terdapat juga petak-petak
kolam air panas yang mempunyai kepanasan yang berbeza iaitu dari 30 darjah
Celcius hingga 60 darjah Celcius yang sesuai semua peringkat umur berendam di
dalamnya yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.
Trek berjoging juga disediakan dan
kepada pengunjung yang ingin bersantai terdapat lebih 20 pondok rehat yang
disediakan. Selain itu, tempat penginapan juga disediakan kepada pengunjung
yang ingin bermalam di sini.
Sungai Balung Resort
Sungai Balung ini adalah salah satu
kawasan yang menarik pehatian pengunjung untuk berkunjung dan meluangkan masa
bersama keluarga. Ia terletak kira-kira 33 batu br bandar Tawau dan mengambil
masa selama kira-kira 40 minit ataupun 30 minit dari Lapangan Terbang Tawau.
Kawasan sungainya amat cantik yang
dikelilingi dengan suasana hutan yang segar. Terdapat juga banyak kemudahan
disediakan termasuklah pondok-pondok yang berada di tepi sungai, restoran,
dewan-dewan perbincangan, kolam renang serta tempat penginapan dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan yang terdapat disekitarnya seperti koko, tumbuhan herba juga
terdapat buah-buahan tropika.
antara kemudahan di dalam bilik resort.
Bongkah Berapi
Ratusan bongkah batu gunung berapi
jenis 'basalt' yang tersusun ini dipercayai berusia 27,000 tahun boleh dijumpai
di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung juga dikenali sebagai 'Batu
Bersusun'.
Semua bongkah batu di sini berbentuk
segi lima atau segi enam dan secara seragam dan mempunyai saiz yang hampir sama
dianggarkan. Ia seolah-olah disusun oleh manuasia tetapi sebenarnya ia
terbentuk secara semulajadi.
Dikatakan bahawa bongkah kayu
berkenaan terhasil dari penyejukan magma selepas letupan gunung berapi meletus
iaitu Gunung Maria yang mempunyai ketinggian 1,183 mater dari aras laut
dan teletak kira-kira 24 kilometer di utara daerah ini.
Maliau Basin
Maliau Basin juga dikenali sebagai
'Sabah's Lost World'. Keluasannya dijangka melebihi keluasan Singapura yang
terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan utara Kalimantan dan perlu
memandu kira-kira 4 hingga 5 jam dari bandar Tawau atau Keningau. Kereta yang
bergear rendah sahaja yang digalakkan kerana perlu mengharungi jalan-jalan
hutan.
Ini kerana is terletak di tengah-tengah hutan yang
menyebabkan ramai orang tidak mengetahui kewujudannya. Ia merupakan salah satu
kawasan yang amat cantik dengan keadaan sekelilingnya dan juga bentuk air
terjunnya yang bertingkat-tingkat.
Terdapat juga penginapan yang disediakan oleh pihak
Maliau Basin kepada pengunjung-pengunjung. Selain itu terdapat banyak aktiviti
yang boleh diikuti oleh para pengunjung. Terdapat juga jambatan gantung serta
tempat-tempat untuk berkelah.
pemandangan dari atas..
Bukit Gemok
Bukit Gemok merupakan salah satu
Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan
ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu
dari bandar Tawau di Jalan Merotai.
Terdapat juga Jalan di Kanopi iaitu
Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit
untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau
dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat
cantik.
Jalan masuk ke Bukit Gemok
dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika
menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.
Muzium Koko Teck Guan
Teck Guan Group merupakan salah satu
syarikat pengeluar Koko di Malaysia yang terbesar dan produk koko yang
dihasilkan adalah yang bermutu tinggi. Muzium Koko Teck Guan terletak kira-kira
3 kilometer dari bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu Laut mengambil masa
kira-kira 10 minit yang berada di sebelah kanan Majulah Koko yang mula
beroperasi sejak tahun 2002.
Tawau merupakan salah satu kawasan
yang sesuai untuk penanaman koko. Aroma koko akan dapat dirasai ketika berada
berdekatan dengan Museum Koko kerana ia bersebelahan dengan kilangnya. Koko
merupakan bahan utama pembuatan coklat dan mentega koko yang digunakan oleh
syarikat pembuat coklat sebenarnya berasal daripada Tawau.
Pihak muzium juga menerangkan
cara-cara memproses koko hinggalah salah satu produk itu terhasil. Selain itu,
cara-cara untuk menyediakan makanan ringan yang diperbuat daripada koko juga di
ajar kepada pengunjung
Taman Bukit Tawau
Taman Bukit Tawau merupakan kawasan
semulajadi dan merupakan kawasan tadahan air. Ia terletak kira-kira 24
kilometer dari bandar Tawau. Ia meliputi seluas 27,972 hektar.
Selain itu, terdapat banyak rintis
kembara dan ada yang membawa anda ke kawasan mata air panas dan air terjun
dengan berjalan kaki.Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat di
kawasan ini. Antara tumbuhan yang menarik ialah Orkid Telinga Gajah.
Sungainya yang bersih dan sangat
sesuai untuk berenang. Terdapat juga pondok-pondok yang disediakan untuk
menyenangkan para pengunjung bersantai. Ini merupakan tempat yang selalu
dikunjungi oleh pengunjung di hujung minggu ataupun di musim cuti persekolahan.
Monday, 13 January 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)